Voltecx berfungsi sebagai penstabil arus elektrik (electrical voltage stabilizer) yang membantu sistem elektronik dan enjin kenderaan beroperasi dengan lebih cekap. Apabila Voltecx dicucuk ke soket pencucuh rokok (12V port), ia mula menstabilkan voltan DC dalam kenderaan, lalu mengurangkan “voltage ripple” atau turun-naik arus yang sering berlaku semasa engine running.
Kesan utama daripada arus yang stabil ialah sistem seperti ECU (Engine Control Unit), fuel injector, ignition coil, oxygen sensor dan throttle body dapat menerima voltan yang konsisten dan bersih. Ini membolehkan pembakaran bahan api berlaku secara lebih sempurna dan tepat mengikut bacaan sensor. Apabila pembakaran lebih sempurna, penggunaan minyak menjadi lebih jimat, dan tenaga yang dihasilkan lebih optimum.
Pada masa yang sama, Voltecx mengurangkan beban pada alternator dan sistem pengecasan, menjadikan putaran enjin lebih ringan dan lancar. Kenderaan akan menunjukkan peningkatan dari segi respon throttle (pickup), kestabilan RPM, penukaran gear yang lebih halus (terutama kereta auto), serta prestasi penghawa dingin yang lebih sejuk kerana komponen elektrik berjalan pada voltan ideal.
Keseluruhan sistem elektrik jadi lebih stabil dan cekap tanpa sebarang pengubahsuaian pada enjin atau litar kereta.